Pantang Larang Semasa Di Hutan .
Setiap cuti sekolah , saya dan keluarga akan ke luar negeri untuk bersantai bersama-sama . Pada tahun 2008 , saya dan keluarga telah bercadang untuk ke kampong atok nenek saya . Kita perlu melalui semak-samun yang berada di dalam hutan . Ibu dan ayah sentiasa berpesan supaya kita jangan menegur jikalau kita ternampak sesuatu . Banyak pantang larang yang telah saya pelajari sewaktu di dalam hutan .
Pertama , kita tidak boleh bercakap besar ketika di dalam hutan kerana ditakuti akan membawa bencana . Secara rasional , ini ingin mengelakkan perkara buruk berlaku . Kedua , kita dilarang membawa barangan dari hutan kerana dikhuatiri barang itu mempunyai pennunggu . Secara rasional , kita tidak sepatutnya membawa pulang barang yang bukan milik kita kerana kita tidak tahu jikalau benda itu hak orang lain .
0 comments:
Post a Comment