THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, April 9, 2009

Mengenai Komputer

Komputer telah dicipta pada 1936 oleh Konrad Zuse.Ia juga dikenali sebagai ZI.Pada 1942,ABC computer pula telah dihasilkan. Pada zaman sekarang,teknologi telah membuat hidup kita bergantung kepadanya dan juga membuat kita mudah menjalankan tugas seharian.Sekarang ramai orang yang pergi kerja membawa komputer riba kerana ia ringan,mudah,tipis dan ada wi-fi untuk melungsuri internet dengan mudah walaupun kita berada di luar Negara.

Kebaikan komputer ialah ia telah memudahkan hidup seharian kita kerana kita dapat menghasilkan sebuah karangan ataupun novel dengan mengunakan “Microsoft Berkata”.Kita juga boleh menyimpan data-data dan dokumen penting dalam “cakera keras”.Teknologi telah memberikan komputer ini senang untuk melungsuri internet untuk mengetahui sesuatu dengan lebih dalam lagi.Sekarang komputer riba telah menjadi canggih kerana ada kamera jaringan dan dengan itu kita boleh berkomunikasi dengan orang-orang yang di luar Negara ataupun di di Negara sendiri.

Keburukan komputer amat berbahaya jika kita tidak berhati-hati seperti kadang-kala kita boleh mendapat virus daripada internet kerana kita telah muat turun sesuatu yang haram dan juga mel spam daripada seseorang yang tidak dikenali sebab itulah anti-virus telah dihasilkan supaya semua dokumen dan data-data yang penting tidak akan hapus.Komputer juga telah membuatkan kita malas untuk menulis dan juga berfikir kerana menggunakan komputer hanya perlukan kami untuk menaip dan juga kami boleh tahu jikalau sesuatu perkataan itu salah di taip.