THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA .




PANTANG LARANG UNTUK WANITA HAMIL .


Sewaktu ibu sedang hamil , pelbagai rintangan yang perlu dia hadapi . Rintangan yang amat sukar yang telah ibuku hadapi ialah pantang larang wanita yang sedang hamil . Nenekku selalu mengingati ibuku supaya jangan melanggar pantang larang itu . Kadang-kala ibu terasa tertekan dengan omelan nenek tetapi ibu mengerti bahawa nenek sebenarnya mengambil berat tentang dirinya dan kehamilannya . Ibu terpaksa mematuhi segala pantang larang yang diberitahunya .

Pantang larang yang selalu nenek pesan ialah "Jangan melihat gerhana kerana anak boleh mendapat tompok hitam ataupun mata yang juling . " Secara rasional ini ialah melihat gerhana boleh membuat mata kita buta dengan cahaya yang begitu terang sekali . Kedua , "Dilarang memukul ataupun mendera binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal dilahirkan akan mengalami kecacatan ." Sebabnya ialah memukul atau mencederakan binatang adalah perkara yang amat kejam untuk dilakukan . Ini kerana ia boleh menyakiti binatang itu .
Setelah sembilan bulan , ibu melahirkan seorang lagi cahaya mata . Aku amat gembira dengan kehadiran adikku , Shah . Adikku sungguh comel dan tampan . Walaupun ibuku harus menghadapi pelbagai rintangan , ibuku tetap berpuas hati kerana ia amat berbaloi .

0 comments: