MENGENAI PANTANG LARANG ANAK DARA .
Pantang larang orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan orang melayu zaman dahulu semasa zaman nenek moyang kita . Pada zaman dahulu , kepercayaan ini amat penting dalam hidup seharian mereka . Pantang larang ini direka oleh nenek moyang kita supaya ia boleh dijadikan ikhbar . Sebab utamanya mungkin , nenek moyang kita inginkan keturunannya menjadi seorang yang berguna dimasa kelak . Ada pelbagai pantang larang untuk anak dara .
Pertama , Anak dara akan kahwin dengan orang tua jikalau mereka bernyanyi di dapur . Rasionalnya adalah jikalau kita bernyanyi di dapur , kadang-kala kita akan berkhayal lalu masakkan kita boleh hangus . Pantang larang ini direka untuk membuat anak dara sedar bahaya bernyanyi di dapur adalah berbahaya . Kedua , anak dara tidak boleh menukar tempat duduknya semasa sedang memakan . Alasannya mereka akan mendapat ramai suami . Secara rasional ini sebenarnya ia tidak begitu elok dilihat orang ramai dan ia menggelakkan daripada makanan terjatuh .
Pada pendapat saya , semua pantang larang yang direka oleh nenek moyang kita adalah untuk mengajar anak dara supaya mereka akan menjadi seorang wanita yang berguna dan sopan . Kadang-kala terdapat pantang larang yang langsung tidak rasional .
0 comments:
Post a Comment