THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, July 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM .





Seni Persembahan Melayu .

Seni persembahan tradisional melayu mengandungi pelbagai kategori seperti tarian, muzik dan teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan . Tarian merupakan pergerakan anggota badan mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Penyanyi juga boleh dikaitkan di dalam kategori tarian . Kategori tarian boleh dibahagikan kepada beberapa jenis tarian . Tarian yang amt dikenali ramai adalah tarian zapin Johor , tarian piring , tarian kuda kepang dan akhir sekali tarian asli .

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELIMA .


Pantang Larang Semasa Di Hutan .


Setiap cuti sekolah , saya dan keluarga akan ke luar negeri untuk bersantai bersama-sama . Pada tahun 2008 , saya dan keluarga telah bercadang untuk ke kampong atok nenek saya . Kita perlu melalui semak-samun yang berada di dalam hutan . Ibu dan ayah sentiasa berpesan supaya kita jangan menegur jikalau kita ternampak sesuatu . Banyak pantang larang yang telah saya pelajari sewaktu di dalam hutan .

Pertama , kita tidak boleh bercakap besar ketika di dalam hutan kerana ditakuti akan membawa bencana . Secara rasional , ini ingin mengelakkan perkara buruk berlaku . Kedua , kita dilarang membawa barangan dari hutan kerana dikhuatiri barang itu mempunyai pennunggu . Secara rasional , kita tidak sepatutnya membawa pulang barang yang bukan milik kita kerana kita tidak tahu jikalau benda itu hak orang lain .

Friday, July 16, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT .





Mengenai Kuda Kepang .


Kuda kepang adalah sesuatu controversi seni yang dipersembahkan bukan dengan terbuka setelah ia dikaitkan sebagai perbuatan syirik . Kuda kepang membuat sesuatu perkara yang mustahil menjadi tidak mustahil seperti memakan gelas . Ada tatacara untuk melakukan perkara yang luar biasa seperti membaca mentera-menteranya . Ini dilakukan untuk memberikan peluang bagi syaitan untuk memasuki ke badan mereka . Apabila syaitan memasuki ke dalam badan manusia , manusia itu tidak akan sedar apa yang mereka lakukan . Jikalau ia tidak dikawal , ia akan mengambil masa yang begitu lama untuk memulihkan manusia itu . Hanya yang arif dalam selok-belok perkara ini yang dapat memulihkan manusia yang sedang dirasuk .

Pada pendapat saya , Kuda kepang ini adalah sesuatu seni yang dapat manarik perhatian daripada orang ramai tetapi ilmunya tidak elok di pelajari . Ini kerana ia telah dikaitkan seperti terkeluar dari agama islam .

laman web :
♦http://entertainment.xin.msn.com/en/radio/938live/calocalnews.aspx?cp-documentid=4109128

Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA .




PANTANG LARANG UNTUK WANITA HAMIL .


Sewaktu ibu sedang hamil , pelbagai rintangan yang perlu dia hadapi . Rintangan yang amat sukar yang telah ibuku hadapi ialah pantang larang wanita yang sedang hamil . Nenekku selalu mengingati ibuku supaya jangan melanggar pantang larang itu . Kadang-kala ibu terasa tertekan dengan omelan nenek tetapi ibu mengerti bahawa nenek sebenarnya mengambil berat tentang dirinya dan kehamilannya . Ibu terpaksa mematuhi segala pantang larang yang diberitahunya .

Pantang larang yang selalu nenek pesan ialah "Jangan melihat gerhana kerana anak boleh mendapat tompok hitam ataupun mata yang juling . " Secara rasional ini ialah melihat gerhana boleh membuat mata kita buta dengan cahaya yang begitu terang sekali . Kedua , "Dilarang memukul ataupun mendera binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal dilahirkan akan mengalami kecacatan ." Sebabnya ialah memukul atau mencederakan binatang adalah perkara yang amat kejam untuk dilakukan . Ini kerana ia boleh menyakiti binatang itu .
Setelah sembilan bulan , ibu melahirkan seorang lagi cahaya mata . Aku amat gembira dengan kehadiran adikku , Shah . Adikku sungguh comel dan tampan . Walaupun ibuku harus menghadapi pelbagai rintangan , ibuku tetap berpuas hati kerana ia amat berbaloi .

Wednesday, July 14, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA


MENGENAI PANTANG LARANG ANAK DARA .


Pantang larang orang Melayu Tradisional merupakan kepercayaan orang melayu zaman dahulu semasa zaman nenek moyang kita . Pada zaman dahulu , kepercayaan ini amat penting dalam hidup seharian mereka . Pantang larang ini direka oleh nenek moyang kita supaya ia boleh dijadikan ikhbar . Sebab utamanya mungkin , nenek moyang kita inginkan keturunannya menjadi seorang yang berguna dimasa kelak . Ada pelbagai pantang larang untuk anak dara .


Pertama , Anak dara akan kahwin dengan orang tua jikalau mereka bernyanyi di dapur . Rasionalnya adalah jikalau kita bernyanyi di dapur , kadang-kala kita akan berkhayal lalu masakkan kita boleh hangus . Pantang larang ini direka untuk membuat anak dara sedar bahaya bernyanyi di dapur adalah berbahaya . Kedua , anak dara tidak boleh menukar tempat duduknya semasa sedang memakan . Alasannya mereka akan mendapat ramai suami . Secara rasional ini sebenarnya ia tidak begitu elok dilihat orang ramai dan ia menggelakkan daripada makanan terjatuh .

Pada pendapat saya , semua pantang larang yang direka oleh nenek moyang kita adalah untuk mengajar anak dara supaya mereka akan menjadi seorang wanita yang berguna dan sopan . Kadang-kala terdapat pantang larang yang langsung tidak rasional .

Tuesday, July 13, 2010

PAERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA .


. Silat .


Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang daripada ibu dan bapaku . Mereka mendidikku supaya aku akan menjadi seorang yang berguna dimasa kelak nanti . Ibu-bapaku khuatiri akan anak-anaknya dibesarkan tanpa pengetahuan mengenai Budaya Melayu . Antaranya seperti Silat . Silat adalah sesuatu olahraga untuk mempertahankan diri daripada sesuatu perkara bahaya yang akan menimpa diri kita . Sewaktu aku berumur dua belas tahun , ibuku membuat keputusan untuk mendaftarkan aku ke dalam sukan tersebut . Aku tergamam dengan keputusan ibu . Pada mulanya , aku berasa berat hati untuk menghadiri kelas tersebut tetapi sokongan ibu bapuku yang telah membuatku berani untuk pelajari budaya ini . Akhirnya , aku dapat menimba ilmu daripada sukan ini . Walaupun pelbagai rintangan yang harus aku hadapi , aku tetap bangga dengan kejayaanku . Silat dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain .