THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, March 3, 2009

Pengalaman Menghasilkan Blog Bahasa Melayu dan Perasaan Saya Menghasilkannya

Hari ini,saya belajar bagaimana membuat blog sendiri.Pada mulanya perasaan saya sukar sekali untuk mengikut kata-kata Cikgu Siti tetapi perasaan itu mula hilang secara tiba-tiba.Saya berasa sungguh riang sekali setelah membuat blog sendiri.

Pada mulanya saya amat kaku sekali untuk memahami apa yang harus saya lakukan seterusnya tetapi setelah Cikgu Zaki membimbing saya barulah saya faham.Pengajaran yang saya pelajari adalah amat berfaedah sekali.Kawan saya,Crissa,ada juga tolong sidikit banyak untuk menghasilkan karangan yang baik.Setelah masa untuk saya bersiap untuk mematikan komputer,Cikgu Siti mengajar saya untuk menekan “control” dan “c”.Secara tidak sengajanya saya tertekan “shift” dan “c”,semua karangan yang telah saya menghasilkan hilang henta kemana.Dengan pantas,saya meletakkan kertas yang telah diarahkan oleh Cikgu Siti dan Cikgu Zaki supaya mereka tahu bahawa saya ada soalan yang hendak ditanyakan.


Cikgu Siti pun datang untuk menolog saya.Barulah saya tahu dan faham bagaimana untuk mendapatkan karangan kita yang sudah hilang kembali semula.Saya pun berkata terima kasih.Selesai sahaja menyimpan karangan saya di blog,saya pun mematikan komputer saya.

0 comments: