Hari ini,saya dan keluarga akan keluar makan malam bersama-sama di Causewaypoint setelah selesai mengemas barang yang percutian.Percutian kami di Gunung Ledang adalah percutian yang sunnguh menarik bagiku.
Banyak tempat disana adalah tempat alam semula jadi. Pantang larang yang telah disebutkan oleh ayahku sebelum kami sampai disana telah aku turuti.Pantang larang yang telah turuti ialah seperti menjaga mulut semasa mendaki Gunung Ledang dan juga jangan membuang sampah-sarap sembarangan kerana ia dikatakan ada banyak penjaga yang telah dilepaskan di sekitaran Gunung Ledang.Sampai sahaja di Causewaypoint,kami terus menuju ke "Banquet".Inilah masanya kami meluangkan masa bersama.Kami selalunya akan berjalan-jalan sebelum pergi makan.Setelah makan,ayah membawa kami sekeluarga ke "Marina Batch".Pandangannya sungguh indah sekali.Kami mengambil beberapa gambar dbersama.
Setelah menghabiskan masa kami di sana,kami pun beredar dari tempat itu sebelum waktu magrib menjelang.Kami selalunya akan ke rumah moyang tetapi kami kerana kami terlalu letih,kami terus pulang ke rumah.Semasa aku duduk terbaring di katil,aku terbayang sebentar mengenai siapa yang membuat bising di luar padahal jam menunjukkan bahawa ia pukul 2 pagi.Mungkin ia hanya hayalan saya sahaja.
Friday, March 20, 2009
Menengah 2 Normal akademik/Ekspress
Posted by bmsiti at 3:05 AM 7 comments
Monday, March 16, 2009
Menengah 2 Normal Akademik/Ekspress
Pada hari ini,saya dan keluarga saya tidak lama lagi akan ke Gunung Ledang untuk bercuti bersama.Inilah masa yang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.Pada ketika ini juga,ibu dan bapaku sudah menyiapkan barang-barang yang ingin dibawa ke sana.
Perasaan saya mula ghairah apabila mengetahui bahawa kami akan kesana selama tiga hari dan dua malam.Kami akan mengikuti aktiviti yang akan dianjurkan di sana seperti mendaki gunung.Bapa saya menganjurkan aktiviti ini kerana kami boleh mempelajari banyak ilmu baru di sana dan juga kami boleh menghilangkan “stress”.Semasa perjalanan di sana kami akan melawat ke “air terjun”.Ia dikatakan air yang diperbuat oleh alam semula jadi .Saya pernah kunjungi ke sana dan pandangan di sana sungguh indah dan menawan.
Bapa berpesan supaya menjaga mulut setelah sampai di Gunung Ledang..Di katakan bahawa ada penjaga di sana dan banyak kejadian yang aneh telah berlaku di sana.Setelah mendengar penjelasan bapaku,perasaan aku mula berubah menjadi takut dan jantungku mula berdegup-degup dengan pantas.. “dup..dup..dup..”bunyinya
Posted by bmsiti at 10:09 PM 2 comments
Monday, March 9, 2009
Cara-cara menjadi pengguna blogspot yang bertanggungjawab
Untuk menjadi pengguna yang bertanggungjawab kita harus mempamerkan contoh yang baik seperti:
>Jangan meletakkan gambar yang lucah kerana ia tidak elok di lihat orang.
>Jangan mengguna perkataan yang kesat semasa menulis blogkerana ia akan mencemarkan reputasi anda.
>Jangan memberi dokument ataupun kata kunci kepada orang lain kerana orang boleh melungsuri web anda.
>Jangan meletakkan web lain diblog anda tanpa keizinan pemilik blog itu kerana ia boleh mendatangkan virus.
> Jangan meletakkan latar yang lucah kerana ia tidak elok dipaparkan diblog anda.
Posted by bmsiti at 6:24 PM 0 comments
Tuesday, March 3, 2009
Pengalaman Menghasilkan Blog Bahasa Melayu dan Perasaan Saya Menghasilkannya
Hari ini,saya belajar bagaimana membuat blog sendiri.Pada mulanya perasaan saya sukar sekali untuk mengikut kata-kata Cikgu Siti tetapi perasaan itu mula hilang secara tiba-tiba.Saya berasa sungguh riang sekali setelah membuat blog sendiri.
Pada mulanya saya amat kaku sekali untuk memahami apa yang harus saya lakukan seterusnya tetapi setelah Cikgu Zaki membimbing saya barulah saya faham.Pengajaran yang saya pelajari adalah amat berfaedah sekali.Kawan saya,Crissa,ada juga tolong sidikit banyak untuk menghasilkan karangan yang baik.Setelah masa untuk saya bersiap untuk mematikan komputer,Cikgu Siti mengajar saya untuk menekan “control” dan “c”.Secara tidak sengajanya saya tertekan “shift” dan “c”,semua karangan yang telah saya menghasilkan hilang henta kemana.Dengan pantas,saya meletakkan kertas yang telah diarahkan oleh Cikgu Siti dan Cikgu Zaki supaya mereka tahu bahawa saya ada soalan yang hendak ditanyakan.
Cikgu Siti pun datang untuk menolog saya.Barulah saya tahu dan faham bagaimana untuk mendapatkan karangan kita yang sudah hilang kembali semula.Saya pun berkata terima kasih.Selesai sahaja menyimpan karangan saya di blog,saya pun mematikan komputer saya.
Posted by bmsiti at 8:05 PM 0 comments