THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, August 24, 2010

Tekanan




Tekanan selalunya dialami oleh remaja . Remaja kerap sekali mengalami tekanan dari segi percintaan , masalah keluarga dan pelajaran . Pada peringkat ini , remaja sering mengalami tekanan kerana mereka masih belum matang lagi untuk mengawal emosi mereka . Kadangkala , remaja ini boleh terjerumus di dalam kegiatan yang tidak berfaedah seperti belajar merokok , mengambil dadah ,minum arak , membuang masa diluar bersama kumpulan yang tidak berfaedah dan bergaduh . Ramai remaja mengatakan bahawa mengambil dadah , minum arak ataupun merokok dapat memulih emosi seseorang itu dan menenangkan perasaan mereka . Sebenarnya ada pelbagai penyelesaian untuk situasi seperti ini . Sepertinya ialah untuk melakukan sesuatu aktivi yang berfaedah seperti berlari anak , belajar silat , bermain bola dan pelbagainya . Remaja ini selalunya perlukan sokongan moral dan kasih sayang dari seseorang yang mereka sayangi .

Berlakon



Pengumuman dari Cikgu Erni membuat diriku tersentak sebentar . Aku telah dicalon oleh cikgu untuk mewakili sekolah untuk berlakon di dalam sesuatu Pertandingan Derap Puisi 2010 di Millennia Institute . Hari pertama , kami harus mengikuti kelas yang telah dianjurkan oleh mereka . Mereka mengajar kami bagaimana untuk membuat jalan cerita itu lebih menark . Setelah itu , setiap sekolah diberikan tema untuk berlakon . Kami mendapat tema "Guruku" . Pelbagai masaalah yang perlu aku hadapi seperti waktu yang begitu sengkat sekali dan strategi untuk pertandingan itu . Setelah berminggu-minggu berlatih , akhirnya lengkap subuah cerita mengenai sebuah kelurga yang mempunyai pelbagai karenah . Video di atas ini menunjukkan bagaimana cikgu Erni mengajar kami untuk berlakon dengan betul .